Monday, September 10, 2012

Kursus Frog VLE (Fasa 1)

Pada 6 - 8 September 2012 yang lalu telah berlangsungnya kursus Frog VLE (Virtual Learning Environment) di PKG Taiping. Kursus ini telah dianjurkan oleh pihak PPD Larut Matang dan Selama, manakala para jurulatih adalah terdiri daripada Pn. Sapiah Bt Harun (PTP PKG Taiping), En. Yusaini Bin Mohd Yusof (PTP PKG Kamunting), En. Abdullah Bin Md Azanan (PTP Simpang) dan juga En. Mohd Hashim Bin Ibrahim (PTP PKG Trong).

Kursus ini telah dihadiri oleh 14 buah sekolah. Setiap sekolah pula diwakili oleh 2 orang guru ICT yang akan menjadi 'admin' bagi web sekolah. Rata-rata guru yang hadir telah membuat kerja tambahan kerana telah menghasilkan laman yang interaktif pada hari pertama kursus.

Majlis penutup kursus diadakan pada hari terakhir kursus. Sijil penyertaan telah disampaikan kepada peserta oleh wakil PPDLMS, En. Norashid Bin Ahmad, Penolong PPD Bahasa Malaysia (M). Pihak sekolah yang terlibat juga telah dibekalkan dengan 'zoom' serta 'dongle' dari pihak YES bertujuan untuk akses internet.









No comments:

Post a Comment