Tuesday, September 18, 2012

Selamat Menyambut MALAYSIA


16 September adalah tarikh yang harus diingati oleh kita sebagai rakyat Malaysia. Ini kerana pada tarikh inilah tertubuhnya sebuah negara yang berdaulat dikenali dengan nama 'MALAYSIA' yang sebelum ini hanya dikenali sebagai 'PERSEKUTUAN TANAH MELAYU'. Berikut adalah kronologi pembentukan negara Malaysia buat tatapan semua.

27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak ke dalam bentuk kerjasama politik.

23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah.

18 - 20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching, Sarawak.

6 - 7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur.

17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh Lord Cobbold, Dato' Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha.

3 - 4 Februari 1962
Mesyuarat Keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia.

21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 2012
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia.


   

   

   

maklumat lanjut boleh dicapai di sini.

No comments:

Post a Comment